Jan 12, 2012

MC 5 Hari di Rumah Bersama Amin

Dah 4 hari berlalu. Ummi di rumah sahaja bersama Amin dan Opah. Doctor tak bagi Ummi menjalankan tugas Ummi buat sementara waktu di Pejabat. So, Ummi kena lah duduk di rumah. Nak keluar pergi shopping pun tak dibenarkan oleh walid Amin. Tunggu hingga betul2 sihat katanya. Sebagai Ummi yang baik, Ummi pun tak lah keluar rumah :)

Seronok sangat duduk di rumah. Asyik makan, main dengan amin dan tidur. Itu je. Opah pula masak best-best, lagi selera lah Ummi. Pregnant kali ni, Ummi tak suka pula makanan dari luar di tapau ke rumah. Ummi lagi suka masak sendiri atau makan masakan opah kat rumah ni. Terbayang makanan luar,ada pula rasa mualnya. Ni hormon lain yg datang kali ini. Masa pregnant kan Amin dulu, Ummi ok je. Semua ok. Cuma masa 7 bulan pertama, Ummi langsung tak boleh bau, makan atau bayangkan Fast Food. Dah masuk 8 bulan, baru lah Ummi boleh makan semua jenis Fast Food yg HALAL.. :)

Tadi main dgn Amin. Bukan main gelak dia bila Ummi mengusik dia. Dengan suaranya yang manja dan kadang-kadang nyaring tu. Sesekali bibir amin yang basah tu kena pipi ummi.. Dia macam nak makan je muka Ummi ni.. Amin amin.. KAdang-kadang, ngan Opah pun dia buat macam tu. Mungkin itu cara amin ekpress kan perasaan manja atau sayangnya. Saaaaaynag Amin!!! Muah Muah Muah!!!

Lepas susukan Amin tadi, Amin terlena. Itu lah, anak Ummi ni suka sangat tahan mata. Duk nak main je. Habis buku-buku rumah Opah ni di kemaskannya. tak termasuk barang-barang kat dapur tu lagi. Bilik Opah dan Dapur tu mmg feveret Amin. Tempat dia 'mengemas'.. :) Ni kes dah mengantuk sangat sampai terlentuk bila Ummi susukan amin tadi. Terus Ummi masukkan dalam buaian. Rehat sekejap yea sayang.. Sempatlah Ummi coretkan sesuatu di blog Ummi ni.

Sunyi pula rasanya tak dengar suara nyaring manja Ummi ni. Tapi biarlah dia lena seketika. At least sedap sikit badannya nanti. Bangun ni, nak bagi makan tepung beras + susu yang Opah masakkan pagi tadi. Bertambah sedap lagi bila di tambahkan dengan air rebuasan bayam merah. laju sungguh dia makan. kata orang nestum / cerelac tak bagus untuk baby. Oh ya!! Hari ni genap usia Amin 9 bulan!! :)

Lots of Love!

Ummi

Jan 11, 2012

Jika Ummi Sepenuh Masa Ummi...

Assalammualaikum wbh

Kerap kali di fikiran Ummi untuk menjadi sepenuh masa ummi buat anak2 ummi.. kan ke bahagia?.. Ummi dapat besarkan anak ummi dgn tangan ummi sendiri.. Suapkan makan dan minum... Sediakan kelengkapan anak2 ummi bila kalian hendak mula bersekolah... Seringkali ummi harapkan itu semua jadi kenyataan.. Ummi sedang berfikir fikir, apakah pekerjaan 'sendiri' yg boleh ummi laksanakan melalui rumah, atau disampiang anak2 ummi...? Ummi nak buka kindergarden.. OK x...? :) Mcm best kan...

Nanti Ummi discuss dgn Walid dulu sambil ummi search process utk buka nursery ni... Nanti senang ummi jg anak ummi.. :)

Sayang semua!!

Ummi

Shuhana Sallih

Dec 12, 2011

Pesanan buat anak2 Ummi

Sekali lagi aku coretkan kisah yg ingin ku kongsikan buat anak2 ku kelak... Ummi yakin anak2 ummi nanti pasti celik IT.. dan mana tahu jika Amin atau adik2 nya online dan taip nama mereka sendiri, mungkin amin dan adik2 akan baca coretan ummi ni... Entah bila agaknya kan..? Tp Insya-Allah, gerak hati anak2 ummi akan dapat membaca coretan ummi ini juga samada lagi 1m 20 atau 50 tahun akan datang.. who knows..? Semua kerja Allah kan sayang?.. Ummi lega dan tenang kini... Bahagia disamping walid yang penyayang dan buat masa ini, ummi hanya ada Amin.. dan dalam perut ummi ni, bakal lahirnya adik amin.. Insya-Allah di akhir August 2012.. Semoga kandungan ummi sihat dan tertunailah hajat ummi nak memiliki anak lagi buat teman amin dan walid kelak.. Ummi sayangkan kedua2nya..

Alhamdulillah, 10.12.2011, ummi telah di takdirkan pregnant lagi. Hati ummi hanya Allah yg tahu.. Gembira bercampur baur dgn perasaan lain yg ummi sendiri kurang pasti. Apa yg pasti, ummi sgt bersyukur dgn Anugerah Allah ini.. Semoga Allah pelihara kandungan ummi. Aminn...

Sejak ummi tahu akan kehadiran adik amin ni, ummi tak sabar nak bagi tahu pada walid. Nak tengok reaksi walid. Mana tahu walid belum ready lagi.. Yea lah, amin kan baru berusia 8 bulan hari ni.. :) Alhamdulillah, walid juga gembira menerima kelahiran adik amin.. Semakin sayang juga ummi pada amin.. setiap malam, ummi akan berkata2 dengan amin di saat amin sedang lena. Ummi nak amin jg adik2 amin nanti. sayang diorg mcmmana ummi kasih kan amin dan adik2 amin. Ummi nak amin bertanggungjawab terhadap mereka. banyak yg ummi sampaikan pd amin masa amin sedang lena. Insya-Allah amin akan terima semua tu secara tak langsung. Kadang2 mengalir air mata ummi ni. Bimbang jika ummi secara tak sengaja mengabaikan putera hati ummi ni. Ketahuilah, apa jua yg ummi lakukan, di hati Ummi ada suami dan anak2 ummi. Walau apa jua yg ummi katakan, kasih sayang ummi tetap sama. Sentiasa ada dan semakin bercambah.

Ummi agak lucu sekarang ni dgn sikap amin.. Suka sgt menjerit dan bertambah manja sekarang ni.. Klu nangis, habis basah satu muka... :) bila amin menjerit, ummi suka sgt tengok muka amin.. comel sgt.. Subhanallah.. Suka sgt ummi tengok wajah amin.. :) sayang amin.. ummi dan walid sayangkan amin... [oh ya... klu anak2 ummi yg lain baca, tak usah kecil hati... masa ni, amin lah satu2 nya anak ummi.. yg lain x de lagi.. coming soon ada dalam rahim ummi ni.. cume ummi x pasti, girl or boy...]

Ummi sayangkan anak2 ummi.. dan ummi harap anak2 ummi jd anak2 yg soleh dan solehah.. kejarlah akhirat sayang, dunia pasti akan mengejarmu.. dan usahlah kejar dunia, kerna akhirat akan meninggalkanmu... Kita bekalkan diri untuk menuju ke alam baqa dan seterusnya ke alam akhirat.. itu lah tujuan kita di dunia ini... Bila walid dan ummi dah tiada, hanya doa anak yg soleh sahaja yg sampai kepda kami... jika kalian sayangkan kami, jd lah kalian anak2 yg soleh dan solehah... Insya-allah, berkat hidup kalian dunia akhirat...

sayang selau,

Ummi... Shuhana

Nov 23, 2011

ERTI SEBUAH KEHILANGAN

Tanggal 21 Nov 2011 adalah hari yang memilukan bagi keluarga kami setelah perginya atuk kesayangan menghadap Illahi.. Ya benar, segalanya telah tertulis dan telah di janjikan.. Sebagai hambaNYA, kita hanya perlu redha.. Mudah kah untuk redha??... tidak semudah ungkapan lidah.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Kasih sayang yg tersemai antara atuk dan opah lah menambah beratnya erti sebuah kehilangan.

Disaat aku tatap wajah kaku itu, bersih dan jernih.. seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Kuasa Allah atas sesuatu.. Setelah 81 tahun menghadapi sebuah kehidupan yang seketika, dia akan melalui satu alam yg entah bila akan tamatnya. Semoga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas arwah atuk dan semoga dia juga ditempatkan di sisi hambaMU yg beriman Ya Allah...

Sepanjang mlm aku memikirkan bagaimanakah kehidupan atuk di alam kubur mlm ni?.. Tak henti di lidahku membacakan Al-Fatihah buatnya. Agar dia tenang dan terang kuburnya. Insya-Allah.. Dahulu, aku tidak mengerti dan tidak menghargai erti sebuah kehilangan. Aku tidak fikirkan 'alam' lain mereka. Yang aku fikirkan.. dah ajal.. tetapi amat berbeza pandanganku sekarang. Ada banyak yg terselit di benak fikiranku yg sukar untuk aku terjemahkan. Biarlah ianya berputar2 di balik fikiranku.

Kulihat 3 org adik lelakiku membantu pihak masjid menguruskan Jenazah. hatiku bertambah sebak, membayangkan sesuatu di masa hadapan.. Entahlah, mengapa sampai begitu aku fikirkan. Syukur, aku mempunyai 3 org adik lelaki yg amat bertimbang rasa. Mungkin dahulu mereka masih kecil dan aku tidak nampak bantuan sebegini yg mereka pernah hulurkan. Pertama kali dalam hidupku melihat Pai, Ijin dan Eddi membantu yg lain mengusung keranda masuk ke van jenazah sebelum di abwa ke masjid untuk disolatkan dan seterusnya ke tanah perkuburan Kg Sg Buaya untuk dikebumikan.

Ku peluk erat opah yg memadang van sambil berkata 'dah nak pergi ke..? pergi mana?.." dgn suara yg amat longlai dan tersangat lemah.. ku peluk susuk tubuh tua itu.. memintanya sabar dan redha atas pemergian suaminya yg tersayang.. aku terdengar kata-kata ini "pergilah.. pergilah sayang" dgn penuh sebak dan sedih... Terpukul dan terguris hati ini.. Bukan terluka, tetapi membayangkan kehilangan yg sedang dihadapi oleh Opah.. Bayangkan, mereka telah hidup bersama sejak opahku berusia 11 tahun.. Terlalu muda kan..? 81-11?.. dah 70 tahun mereka hidup bersama sambil melalui sebuah kehidupan yg berbagai kerenah..

Opah terus bersandar di dinding sambil dikelilingi jiran dan saudara mara.. Semua memandang dgn penuh kata2 semangat.. Ya, tugas kita hanya bercakap dan terus bercakap... tp bg yg melaluinya, hanya Allah yg tahu..

Banyak yg hendak aku perkatakan tentang kehilangan.. Tp, masa amat mencemburui ku.. Akan kusambung butiran kataku ini, insya-Allah.

Aug 22, 2011

Ummi Amin


Genap 4 bulan aku bergelar ummi kepada Putera hatiku, Mohamad Amin Az Zuhri. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan dan rasa yg ada di dalam hatiku tika pertama kali melihata wajahnya. Segala rasa yg ada di dalam hati ini bercampur baur.

Masih teringat disaat aku berdepan dengan kontraksi yang teramat sangat. Tiada lagi perasaan lain yang dianugerahkan Allah selain terlalu mengingati NYA dgn berzikir serta menyebut2 namaNYA yg MAHA Esa. Kesakitan yg teramat sangat membuat aku tidak lagi berfikir akan apa yg bakal terjadi. Jika sebelum ini, aku sibuk memikirkan kesakitan ketika melahirkan melalui cerita2 dan pengalaman orang lain, tetapi kuasa Allah telah mengubah fikiran ku kepada hanya memikirkan keselamatan bayi di dalam kandunganku. Tidak lagi aku hiraukan keadaan sekelilingku.

Jam 3.00ptg, aku sudah merasai kesakitan yg teramat sangat. Tidak dapat digambarkan denagn apa jua kesakitan di dunia ini.. Kehadiran emak dan suami di sisi, amat membantu aku melalui kesakitan. Sentuhan emak dan suamiku memberi ketenangan kepadaku walaupun kesakitan itu berterusan.

Hanya Allah yang tahu. Ampuni HambaMu ini Ya Allah.. Di dalam hati, hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan baby ku.

Jam 7.00ptg, aku telah di bawa ke Labour Room. Tiada sedikit rasa takut yg datang.Aku seperti menurut sahaja tanpa memikirkan apa2.. Yg aku pasti, baby nak keluar dah ni... :) Sedangkan sebelum2 ini, aku sentiasa takut akan rasa melahirkan. Itu lah kuasa Allah. Aku telah diberi epidural jam 7.00 ptg. Doc check dan mengesahkan kelahiran jam 11.00mlm.. Aku semakin lemah, kakiku tidak lagi mampu digerakkan akibat epidural tersebut.

Aku menghitung masa sambil melihat ICG yg dipasang pada perutku. melihat denyutan nadi baby dan juga kontraksi ku yg terpapar pada skrin mesin tersebut. Epidural yg diberi, memberi rasa kebas teramat sgt hingga aku tidak lg menikmati rasa sakit dan pergerakan baby dalam kandunganku.

Jam 9.00 mlm, doc sekali lagi datang memeriksa ku. Keadaan seakan cemas apabila doc mengarahkan aku ditolak ke operation theatre.. Dia mendapati heart rate baby semakin lemah. Tika itu, aku hanya mampu mendoakan keselamatan amin, anak di dalam kandunganku.. Aku memegang tangan suamiku hingga ke pintu operation theatre. Air mata terus menitis. Terlalu sebak rasa hatiku, sambil memohon ampun kepada suamiku. semakin aku dekat dengan pintu bilik bedah, semakin jauh suamiku daripada ku... Ku lihat wajahnya pucat lesi. Mungkin kerana tergamam dengan keputusan doc utk membedah aku. Sedangkan kami telah berangan2 utk bersama2 melihat kelahiran bayi secara normal.Itu semua telah ditentukan Allah.

Lebih kurang 5 minit di bilik bedah [atau aku rasa segalanya berlalu begitu pantas], aku terdengar doc bersuara "kak an, sambut baby". Kebetulan bidan yg menyambut adalah makcik ku sendiri.. Setelah menyambut baby, dia terus menunjukkan amin kepada ku.. Walaupun mataku agak kabur, aku sekali lagi menitiskan airmata Melihat tubuh badan anakku yg kebiruan dan tidak bersuara.. Dia lemas.. Aku semakin lemah... Kemudian aku sekali lagi dimasukkan ubat bius dan terlena.

Jam 11.30 mlm, aku tersedar dan melihat aku sudah berada di bilik hospital. Adikku, Pai yang sentiasa ada di sisiku saat aku berada di hospital sejak hari pertama ku lagi, telah membawa mak dan adikku yg bongsu bersamanya melawat aku mlm itu..

Apabila terpandang suamiku, sekali lagi aku menangis.. Mengalir deras air mata ini.. lalu bertanya kepada suamiku "abang, anak macmana?". Dengan senyuman suamiku menjawab, "dia selamat, sihat dan comel..putih.." Alhamdulillah detik hatiku.. Airmata terus mengalir terkenangkan saat2 kelahirannya.. Tapi aku bersyukur, segalanya selamat.

2 malam aku terlantar di katil tanpa melihat sekalipun anakku. Dia berada di bilik pemantauan. Tidak boleh di bawa keluar. Hanya dapat melihatnya melalui video yg diorakam oleh suamiku dan emak. Mujur ada teknologi canggih kan?

Hari ketiga, pagi2 lagi aku menggagahkan diri bangun dari katil utk bersiap2 melihat bayi kesayanganku. "Semangat dia nak jumpa amin ye".. Aku tersenyum sambil perlahan-lahan berjalan ke bilik air. Setelah bersiap, aku perlahan2 menyarungkan selipar sambil dipimpin suamiku. Jauh juga berjalan apabila kita sakit ni.. Seorang pelatih nurse berlari2 mengambil wheel chair utk aku. tetapi aku tolak kerana jika aku menaiki wheel chair, aku tidak mudah untuk bangun semula setelah duduk. aku kemudian berjalan perlahan-lahan hingga sampai ke bilik tempat anakku di tempatkan.

Sayu sangat rasa hati ini melihat baby yang terbaring di atas katil. "comel" detik hatiku. Tanpa ada ajakna, suruhan aku sendiri ke pintu dan masuk ke dalam bilik yang tak sebesar mana. Ketika itu seorang staff nurse sedang memasang saluran oksigen kepada seorang bayi pramatang yg baru sahaja lahir.

Apabila aku buka sahaja pintu bilik tersebut, aku lihat mata amin bergerak2 seolah mencari sesuatu.. Semakin aku menghampiri katilnya, semakin ligat bola matanya. Tiba-tiba, amin menjerit dan menangis... Sebagai ummi yg tidak berpengalaman, aku terus memujuknya di situ sahaja..

Staff nurse yg berada di dalam bilik itu, kemudiannya menyuruh aku duduk dan kemudian telah menyerahkan amin kepda ku. Sebaik berada di pelukan ku, amin terdiam dan aku terus memerhatikan bola matanya dengan linangan airmata. Sambil aku bicara kepadanya "amin, ummi minta maaf.. Ummi tak sihat, ummi tak boleh jumpa amin beberapa hari yg lepas. Maafkan ummi ye nak".. sekali lagi airmata ini mengalir..

Itulah kasih sayang seorang ibu. Tidak dapat di rasai oleh insan yang belum bergelar ibu. Bersamalah kita menghargai keujudan ibu kita walaupun apa jua gelarannya i.e emak, ibu, mama, bonda, ummi dsbnya. Kerana mereka teramat menyayangi seseorang yg bernama "anak".

Dec 1, 2009

.. Hidup Ni Mudah Kalau Kita Anggap Ia Mudah???

Sungguh ke?... Kehidupan ini banyak gelombangnya.. Bukan semudah yang kita fikirkan.. Bukan semudah yang kita harapkan.. Banyaknye dugaan yang akan kita hadapi

U One In A Million

You're one in a million
Ohhh
Now
You're one in a million
Ohhh

(Verse1)
Sometimes love can hit you everyday
Sometimes you can fall for everyone you see
But only one can really make me stay
A sign from the sky said to me

CHORUS:
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover
One of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover
One of the stars above us

(Verse2)
I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
When I thought that all the hope was gone
A smile there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feelin' indescribable to me
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one, the one for me

CHORUS (x2)

(Verse3)
In the beginning I was cool and everything was possible
They tried to catch me but it was impossible
No one could hurt me it was my game
Until I met you baby and you were the same
And when you didn't want me I wanted you because
The funny thing about it is I liked the show
I like it when it's difficult
I like it when it's hard
Then you know it's worth it
That you found your heart

Find your heart! Ooaaah!
Woooaah! Woooooaaah!
Woah! Woah!

CHORUS (x2) (Has some talking in the background)

You're one in a million
Ohhh
You're one in a million