Aug 22, 2011

Ummi Amin


Genap 4 bulan aku bergelar ummi kepada Putera hatiku, Mohamad Amin Az Zuhri. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan dan rasa yg ada di dalam hatiku tika pertama kali melihata wajahnya. Segala rasa yg ada di dalam hati ini bercampur baur.

Masih teringat disaat aku berdepan dengan kontraksi yang teramat sangat. Tiada lagi perasaan lain yang dianugerahkan Allah selain terlalu mengingati NYA dgn berzikir serta menyebut2 namaNYA yg MAHA Esa. Kesakitan yg teramat sangat membuat aku tidak lagi berfikir akan apa yg bakal terjadi. Jika sebelum ini, aku sibuk memikirkan kesakitan ketika melahirkan melalui cerita2 dan pengalaman orang lain, tetapi kuasa Allah telah mengubah fikiran ku kepada hanya memikirkan keselamatan bayi di dalam kandunganku. Tidak lagi aku hiraukan keadaan sekelilingku.

Jam 3.00ptg, aku sudah merasai kesakitan yg teramat sangat. Tidak dapat digambarkan denagn apa jua kesakitan di dunia ini.. Kehadiran emak dan suami di sisi, amat membantu aku melalui kesakitan. Sentuhan emak dan suamiku memberi ketenangan kepadaku walaupun kesakitan itu berterusan.

Hanya Allah yang tahu. Ampuni HambaMu ini Ya Allah.. Di dalam hati, hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan baby ku.

Jam 7.00ptg, aku telah di bawa ke Labour Room. Tiada sedikit rasa takut yg datang.Aku seperti menurut sahaja tanpa memikirkan apa2.. Yg aku pasti, baby nak keluar dah ni... :) Sedangkan sebelum2 ini, aku sentiasa takut akan rasa melahirkan. Itu lah kuasa Allah. Aku telah diberi epidural jam 7.00 ptg. Doc check dan mengesahkan kelahiran jam 11.00mlm.. Aku semakin lemah, kakiku tidak lagi mampu digerakkan akibat epidural tersebut.

Aku menghitung masa sambil melihat ICG yg dipasang pada perutku. melihat denyutan nadi baby dan juga kontraksi ku yg terpapar pada skrin mesin tersebut. Epidural yg diberi, memberi rasa kebas teramat sgt hingga aku tidak lg menikmati rasa sakit dan pergerakan baby dalam kandunganku.

Jam 9.00 mlm, doc sekali lagi datang memeriksa ku. Keadaan seakan cemas apabila doc mengarahkan aku ditolak ke operation theatre.. Dia mendapati heart rate baby semakin lemah. Tika itu, aku hanya mampu mendoakan keselamatan amin, anak di dalam kandunganku.. Aku memegang tangan suamiku hingga ke pintu operation theatre. Air mata terus menitis. Terlalu sebak rasa hatiku, sambil memohon ampun kepada suamiku. semakin aku dekat dengan pintu bilik bedah, semakin jauh suamiku daripada ku... Ku lihat wajahnya pucat lesi. Mungkin kerana tergamam dengan keputusan doc utk membedah aku. Sedangkan kami telah berangan2 utk bersama2 melihat kelahiran bayi secara normal.Itu semua telah ditentukan Allah.

Lebih kurang 5 minit di bilik bedah [atau aku rasa segalanya berlalu begitu pantas], aku terdengar doc bersuara "kak an, sambut baby". Kebetulan bidan yg menyambut adalah makcik ku sendiri.. Setelah menyambut baby, dia terus menunjukkan amin kepada ku.. Walaupun mataku agak kabur, aku sekali lagi menitiskan airmata Melihat tubuh badan anakku yg kebiruan dan tidak bersuara.. Dia lemas.. Aku semakin lemah... Kemudian aku sekali lagi dimasukkan ubat bius dan terlena.

Jam 11.30 mlm, aku tersedar dan melihat aku sudah berada di bilik hospital. Adikku, Pai yang sentiasa ada di sisiku saat aku berada di hospital sejak hari pertama ku lagi, telah membawa mak dan adikku yg bongsu bersamanya melawat aku mlm itu..

Apabila terpandang suamiku, sekali lagi aku menangis.. Mengalir deras air mata ini.. lalu bertanya kepada suamiku "abang, anak macmana?". Dengan senyuman suamiku menjawab, "dia selamat, sihat dan comel..putih.." Alhamdulillah detik hatiku.. Airmata terus mengalir terkenangkan saat2 kelahirannya.. Tapi aku bersyukur, segalanya selamat.

2 malam aku terlantar di katil tanpa melihat sekalipun anakku. Dia berada di bilik pemantauan. Tidak boleh di bawa keluar. Hanya dapat melihatnya melalui video yg diorakam oleh suamiku dan emak. Mujur ada teknologi canggih kan?

Hari ketiga, pagi2 lagi aku menggagahkan diri bangun dari katil utk bersiap2 melihat bayi kesayanganku. "Semangat dia nak jumpa amin ye".. Aku tersenyum sambil perlahan-lahan berjalan ke bilik air. Setelah bersiap, aku perlahan2 menyarungkan selipar sambil dipimpin suamiku. Jauh juga berjalan apabila kita sakit ni.. Seorang pelatih nurse berlari2 mengambil wheel chair utk aku. tetapi aku tolak kerana jika aku menaiki wheel chair, aku tidak mudah untuk bangun semula setelah duduk. aku kemudian berjalan perlahan-lahan hingga sampai ke bilik tempat anakku di tempatkan.

Sayu sangat rasa hati ini melihat baby yang terbaring di atas katil. "comel" detik hatiku. Tanpa ada ajakna, suruhan aku sendiri ke pintu dan masuk ke dalam bilik yang tak sebesar mana. Ketika itu seorang staff nurse sedang memasang saluran oksigen kepada seorang bayi pramatang yg baru sahaja lahir.

Apabila aku buka sahaja pintu bilik tersebut, aku lihat mata amin bergerak2 seolah mencari sesuatu.. Semakin aku menghampiri katilnya, semakin ligat bola matanya. Tiba-tiba, amin menjerit dan menangis... Sebagai ummi yg tidak berpengalaman, aku terus memujuknya di situ sahaja..

Staff nurse yg berada di dalam bilik itu, kemudiannya menyuruh aku duduk dan kemudian telah menyerahkan amin kepda ku. Sebaik berada di pelukan ku, amin terdiam dan aku terus memerhatikan bola matanya dengan linangan airmata. Sambil aku bicara kepadanya "amin, ummi minta maaf.. Ummi tak sihat, ummi tak boleh jumpa amin beberapa hari yg lepas. Maafkan ummi ye nak".. sekali lagi airmata ini mengalir..

Itulah kasih sayang seorang ibu. Tidak dapat di rasai oleh insan yang belum bergelar ibu. Bersamalah kita menghargai keujudan ibu kita walaupun apa jua gelarannya i.e emak, ibu, mama, bonda, ummi dsbnya. Kerana mereka teramat menyayangi seseorang yg bernama "anak".

1 comment:

intan_blur said...

sedih aku bc luahan ko.. ;(
ni la luahan seorg ibu yg melahirkan kan..? sumenye kekuasaan Allah..ade rahmat disblik ape yg terjadi..
kiss amin dr aku.. ;)