Jan 12, 2012

MC 5 Hari di Rumah Bersama Amin

Dah 4 hari berlalu. Ummi di rumah sahaja bersama Amin dan Opah. Doctor tak bagi Ummi menjalankan tugas Ummi buat sementara waktu di Pejabat. So, Ummi kena lah duduk di rumah. Nak keluar pergi shopping pun tak dibenarkan oleh walid Amin. Tunggu hingga betul2 sihat katanya. Sebagai Ummi yang baik, Ummi pun tak lah keluar rumah :)

Seronok sangat duduk di rumah. Asyik makan, main dengan amin dan tidur. Itu je. Opah pula masak best-best, lagi selera lah Ummi. Pregnant kali ni, Ummi tak suka pula makanan dari luar di tapau ke rumah. Ummi lagi suka masak sendiri atau makan masakan opah kat rumah ni. Terbayang makanan luar,ada pula rasa mualnya. Ni hormon lain yg datang kali ini. Masa pregnant kan Amin dulu, Ummi ok je. Semua ok. Cuma masa 7 bulan pertama, Ummi langsung tak boleh bau, makan atau bayangkan Fast Food. Dah masuk 8 bulan, baru lah Ummi boleh makan semua jenis Fast Food yg HALAL.. :)

Tadi main dgn Amin. Bukan main gelak dia bila Ummi mengusik dia. Dengan suaranya yang manja dan kadang-kadang nyaring tu. Sesekali bibir amin yang basah tu kena pipi ummi.. Dia macam nak makan je muka Ummi ni.. Amin amin.. KAdang-kadang, ngan Opah pun dia buat macam tu. Mungkin itu cara amin ekpress kan perasaan manja atau sayangnya. Saaaaaynag Amin!!! Muah Muah Muah!!!

Lepas susukan Amin tadi, Amin terlena. Itu lah, anak Ummi ni suka sangat tahan mata. Duk nak main je. Habis buku-buku rumah Opah ni di kemaskannya. tak termasuk barang-barang kat dapur tu lagi. Bilik Opah dan Dapur tu mmg feveret Amin. Tempat dia 'mengemas'.. :) Ni kes dah mengantuk sangat sampai terlentuk bila Ummi susukan amin tadi. Terus Ummi masukkan dalam buaian. Rehat sekejap yea sayang.. Sempatlah Ummi coretkan sesuatu di blog Ummi ni.

Sunyi pula rasanya tak dengar suara nyaring manja Ummi ni. Tapi biarlah dia lena seketika. At least sedap sikit badannya nanti. Bangun ni, nak bagi makan tepung beras + susu yang Opah masakkan pagi tadi. Bertambah sedap lagi bila di tambahkan dengan air rebuasan bayam merah. laju sungguh dia makan. kata orang nestum / cerelac tak bagus untuk baby. Oh ya!! Hari ni genap usia Amin 9 bulan!! :)

Lots of Love!

Ummi

2 comments:

intan_blur said...

ooo mc ker..xpelah..tu lg better utk relexkan bby tu kan ;)
best la amin mcm tuh..umie ade ;)
take care ana..jgn lasak2 sgt..

Anna said...

:) sgt best!!!