Nov 23, 2011

ERTI SEBUAH KEHILANGAN

Tanggal 21 Nov 2011 adalah hari yang memilukan bagi keluarga kami setelah perginya atuk kesayangan menghadap Illahi.. Ya benar, segalanya telah tertulis dan telah di janjikan.. Sebagai hambaNYA, kita hanya perlu redha.. Mudah kah untuk redha??... tidak semudah ungkapan lidah.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Kasih sayang yg tersemai antara atuk dan opah lah menambah beratnya erti sebuah kehilangan.

Disaat aku tatap wajah kaku itu, bersih dan jernih.. seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Kuasa Allah atas sesuatu.. Setelah 81 tahun menghadapi sebuah kehidupan yang seketika, dia akan melalui satu alam yg entah bila akan tamatnya. Semoga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas arwah atuk dan semoga dia juga ditempatkan di sisi hambaMU yg beriman Ya Allah...

Sepanjang mlm aku memikirkan bagaimanakah kehidupan atuk di alam kubur mlm ni?.. Tak henti di lidahku membacakan Al-Fatihah buatnya. Agar dia tenang dan terang kuburnya. Insya-Allah.. Dahulu, aku tidak mengerti dan tidak menghargai erti sebuah kehilangan. Aku tidak fikirkan 'alam' lain mereka. Yang aku fikirkan.. dah ajal.. tetapi amat berbeza pandanganku sekarang. Ada banyak yg terselit di benak fikiranku yg sukar untuk aku terjemahkan. Biarlah ianya berputar2 di balik fikiranku.

Kulihat 3 org adik lelakiku membantu pihak masjid menguruskan Jenazah. hatiku bertambah sebak, membayangkan sesuatu di masa hadapan.. Entahlah, mengapa sampai begitu aku fikirkan. Syukur, aku mempunyai 3 org adik lelaki yg amat bertimbang rasa. Mungkin dahulu mereka masih kecil dan aku tidak nampak bantuan sebegini yg mereka pernah hulurkan. Pertama kali dalam hidupku melihat Pai, Ijin dan Eddi membantu yg lain mengusung keranda masuk ke van jenazah sebelum di abwa ke masjid untuk disolatkan dan seterusnya ke tanah perkuburan Kg Sg Buaya untuk dikebumikan.

Ku peluk erat opah yg memadang van sambil berkata 'dah nak pergi ke..? pergi mana?.." dgn suara yg amat longlai dan tersangat lemah.. ku peluk susuk tubuh tua itu.. memintanya sabar dan redha atas pemergian suaminya yg tersayang.. aku terdengar kata-kata ini "pergilah.. pergilah sayang" dgn penuh sebak dan sedih... Terpukul dan terguris hati ini.. Bukan terluka, tetapi membayangkan kehilangan yg sedang dihadapi oleh Opah.. Bayangkan, mereka telah hidup bersama sejak opahku berusia 11 tahun.. Terlalu muda kan..? 81-11?.. dah 70 tahun mereka hidup bersama sambil melalui sebuah kehidupan yg berbagai kerenah..

Opah terus bersandar di dinding sambil dikelilingi jiran dan saudara mara.. Semua memandang dgn penuh kata2 semangat.. Ya, tugas kita hanya bercakap dan terus bercakap... tp bg yg melaluinya, hanya Allah yg tahu..

Banyak yg hendak aku perkatakan tentang kehilangan.. Tp, masa amat mencemburui ku.. Akan kusambung butiran kataku ini, insya-Allah.

3 comments:

Anonymous said...

takziah ye su. moga roh atuk ko ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Anonymous said...

Su, tabahlah menghadapi ujian Allah ini.. Sesungguhnya Allah tu pemilik apa yg ada di dunia ini. kita hanya dipinjamkan sementara olehNya... bersyukur lah kerana kita dpt bersama dgn insan yg kita syg sepanjang hayatnya..
Jannah pernah lalui dan rasanya apa yg su alami skrg (arwah ayah dan abang), bersedih atas org yg pergi meninggalkan kita di dunia buat selama2nya..
Insyaalah moga doa kita sampai kepada arwah...

Anna said...

Insya-Allah